.
Kuatkah aku
Mac 2018
Genap 40 hari ibu pergi buat selama-lamanya.
Seseorang. Tolong kejutkan aku daripada mimpi ngeri ini.
Tolong beritahu ini hanyalah mimpi dan sebentar lagi aku dapat berbual dan ketawa lagi.
Bersama ibu di sisi.
Ya rabbi. Maafkan hambuMu ini. Sesungguhnya aku menerima ujian ini walaupun bersedih hati.
Terima kasih ya Allah. Kerana telah memberi pinjam ibu kepadaku selama hampir 20 tahun ini. Suatu nikmat paling besar yang aku syukuri.
Tuhan, berikan aku kekuatan. Agar aku mampu mengawal kesedihan. Sungguh, aku selalu teringat akan kenangan. Tidak kira semasa pensyarah di hadapan atau menunggu bas keseorangan. Ibuku terpahat dalam ingatan. Wajahnya yang penuh kelembutan. Tapi aku hanya mampu menahan tangisan. Sungguh malu melepaskan air mata kerinduan.
Kesedihan itu hanyalah layak dilepaskan ketika aku bersamaMu ya rabbi. Berdoa sepenuh hati agar kerinduan ini terubati. Untuk dia ibu yang kukasihi.
Namun, belakangan ini, kesedihan ini mengangguku. pada setiap malamku. Sebelum aku terlena dek kepenatan menangis rindu. Kuatkah aku ?
40 hari ini terasa seperti bertahun tanpa dia bergelar ibu. Dulu, walau berjauhan aku dapat mendengar suaranya yang merdu. Tapi kini yang kudengar ialah tangis senduku.
Maha suci Allah yang dapat menghilangkan kesedihan hambaNya.
Hilangkanlah kedukaan bukan dariku sahaja, tetapi dari abah dan kakakku.
Mereka juga rindu.
Seperti aku.
◄ Older posts
Newer posts ►



