''L I F E ''
Cikgu

Ke penghujung 2016

Waktu sekolah rendah, bagi aku cikgu umpama malaikat. Karisma mereka buat aku terpikat. Baik cikgu lelaki mahupun cikgu perempuan, wajah mereka penyayang bila dilihat. Aku selalu bagi salam sebab nak dapat berkat.

Waktu darjah tiga, aku ada guru lelaki. Cikgu Azmi. Setiap butir katanya sungguh sopan didengari. Dia bagaikan ayah sendiri. Sudah menjadi amalan untuk menyalam guru apabila habis sesi. Setiap kali menyalam tangan beliau, terbau bekas rokok dijari. Tapi ketika itu aku tidak mengerti. Bagiku bau itu seharum kasturi.

Waktu darjah lima, guru bahasa Melayu aku ialah cikgu Jamilah. Antara guru yang garang di sekolah. Beliau mengajar sungguh tegas dan kata-katanya tidak berani dicelah. Suatu ketika, aku pernah mendapat markah tinggi dalam kelas cikgu Jamilah.  Pujian yang diberikannya merupakan satu hadiah. Tipu jika aku tak rasa megah. Sejak itu bagiku ketegasan beliau bagaikan anugerah. Pemangkin buatku untuk tidak menyerah.

Ustazah Kamariah pula guru pendidikan Islam. Beliau mengajar kelas aku dari darjah empat hingga darjah enam.  Beliau telah mencungkil bakatku yang terpendam. Beliau gigih mengajarku teknik bercerita kisah Al-Quran tanpa mengira jam. Hasilnya aku menjadi Johan MTAQ seperti diidam.  Sungguh, kasihku kepadanya sungguh mendalam.

Bilamana melangkah ke alam sekolah menengah, minda aku mula terbuka. Guru bukan malaikat seperti yang disangka. Kerana mereka manusia, mereka juga ada kekurangan seperti kita. Ada yang memilih kasih antara pelajar mereka. Ada yang membuaikan jiwa remaja dengan rasa suka. Ada yang kecewa dengan anak didik harapan bangsa. Tidak semua. Tetapi ada. Tapi hatiku lebih tersentuh dengan guru-guru yang mempunyai semangat membara. Mengajar bukan hanya pelajaran buku teks tetapi realiti kehidupan pancaroba. Nasihat menjadi lauk santapan minda. Buatkan hatiku semakin cekal dan otakku tidak setandus sahara. Dihujani ilmu yang tidak putus setiap masa. 

Pengalaman  Tingkatan 6 di sekolah berbeza  memberikan rasa yang hampir sama. Anehnya, pengalaman setahun setengah di sini lebih bermakna. Menginjak umur 18, jiwaku lebih matang menerima sentuhan pengajaran mereka.  Ada guru yang tampak tegas, tapi boleh diajak berjenaka. Ada guru yang bait katanya umpama berlian, sangat berharga. Ada guru yang pedas sindirannya, tetapi menyedarkan jiwa. Ada guru yang muda, kasihnya seperti kakak lagaknya. Jasa mereka sungguh besar, tidak terkira. Mereka tidak melayani kami seperti budak atau remaja. Mereka melayani kami seperti dewasa. 

Buat kesemua guru SKPA terutama Ustazah Kamariah. Cikgu Azmi, Cikgu Jamilah, Cikgu Roslina,Cikgu Kuzaidah, dan lain2 guru yang mengenali saya terima kasih kerana menjadi penyeri semasa saya sedang membesar :']

Buat kesemua guru SMKBS terutama Cikgu Azam, Cikgu Maznon, Sir Kamarul, Cikgu Normizah, Cikgu Aminah, Cikgu Badariah, Ustazah Ratnah, dan lain-laun guru yang mengenali saya terima kasih kerana berkongsi nasihat yang mahal sewaktu saya memerlukannya :')

Buat kesemua guru tingkatan 6 STPD terutama Cikgu Rumini, Cikgu Laila, Cikgu Siti Norhaliza, Cikgu Roslina, Cikgu Syahfinaz Cikgu Zalifah, Pn Ruby, Pn Yum, Pn Tung, dan lain-lain guru yang mengenali saya terima kasih kerana memberikan pengalaman yang menyentuh hati dan pastinya manis kepada saya :'D


Jasa mereka hanya Tuhan yang tahu. Namamu kukenang selalu dalam doaku. 



p/s - Menulis kerana rindu ;)





Newer posts ►


Le owner




Aneey. 22. A mood swinger. Me evolve and my passions do too.


Life goal;

Perfect Boyfriend
hajj by proxy
call to the bar
own a car
travel with soulmate
shopping w/o look at price tag




Song;

template by s.m!sery.
resources: